Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّي لَأرْجو أنْ أشفعَ يومَ القيامةِ عددَ ما على الأرضِ من شجرةٍ ومَدَرَةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku sangat berharap aku dapat memberikan syafaat pada hari kiamat sebanyak bilangan pohon-pohon dan bangunan yang ada di atas muka bumi.
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1330, hadis no. 6789. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بريدة رضي الله عنه، قال: إنه دخل على معاوية، فإذا رجل يتكلم، فقال بريدة: يا معاوية! تأذن لي في الكلام؟ فقال: نعم، وهو يرى أنه سيتكلم بمثل ما قال الآخر، فقال بريدة: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إني لأرجو أن أشفع يوم القيامة عدد ما على الأرض من شجرة ومدرة. قال: أفترجوها أنت يا معاوية، ولا يرجوها علي بن أبي طالب رضي الله عنه. [حم، خط، ((الضعيفة)) (3231)]
(Lemah) Daripada Buraidah RA telah berkata: Sesungguhnya beliau pernah masuk menemui Mu'awiyah, ketika itu seorang lelaki sedang berbicara dengannya, lalu Buraidah berkata: Wahai Mu'awiyah! Adakah engkau izinkan aku untuk bercakap? Mu'awiyah berkata: Ya, Mu'awiyah beranggapan bahawa Buraidah akan berbicara sepertimana orang lain berbicara. Lalu Buraidah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku sangat berharap aku dapat memberikan syafaat pada hari kiamat sebanyak bilangan pohon-pohon dan bangunan yang ada di atas muka bumi. Buraidah berkata: Apakah kamu mengharapkannya, wahai Mu'awiyah? Sedangkan 'Ali RA sendiri tidak mengharapkannya. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3231]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman