Syafaat itu bukanlah untuk pelaku dosa besar daripada kalangan umatku

TEKS BAHASA ARAB

ليست الشفاعة لأهل الكبائر من أمتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Syafaat itu bukanlah untuk pelaku dosa besar daripada kalangan umatku.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1093, hadis nombor 5552. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن جابر بن زيد عن النبي صلى الله عليه وسلم، قال: ليست الشفاعة لأهل الكبائر من أمتي. يحلف جابر عند ذلك: ما لأهل الكبائر شفاعة لأن الله قد أوعد أهل الكبائر النار في كتابه وإن جاء الحديث عن أنس بن مالك: أن الشفاعة لأهل الكبائر فوالله ماعنى القتل والزنى والسحر وما أوعد الله عليه النار. [الربيع، ابن حبيب، الضعيفة (6302/م)].

(Batil) Daripada Jabir bin Zaid, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Syafaat itu bukanlah untuk pelaku dosa besar daripada kalangan umatku. Jabir bersumpah ketika itu: Pelaku dosa besar tidak berhak mendapat syafaat kerana Allah telah menjanjikan neraka bagi pelaku dosa besar dalam al-Quran. Walaupun terdapat hadis yang direkodkan daripada Anas bin Malik: Bahawasanya syafaat itu untuk pelaku dosa besar, demi Allah, hadis ini tidak memaksudkan dosa membunuh, berzina, sihir, dan dosa-dosa besar yang lain yang mana Allah telah janjikan neraka untuk pelakunya. [Riwayat al-Rabi‘ bin Habib. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6302/م]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs