Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَيْسَتِ الشَّفَاعَةُ لِأَهْلِ الْكَبَائِرِ مِنْ أُمَّتِي.
Teks Bahasa Melayu
Syafaat itu bukanlah untuk pelaku dosa besar daripada kalangan umatku.
Sahabat Perawi
- Jabir bin Zaid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1093, hadis no. 5552. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن جابر بن زيد عن النبي صلى الله عليه وسلم، قال: ليست الشفاعة لأهل الكبائر من أمتي. يحلف جابر عند ذلك: ما لأهل الكبائر شفاعة لأن الله قد أوعد أهل الكبائر النار في كتابه وإن جاء الحديث عن أنس بن مالك: أن الشفاعة لأهل الكبائر فوالله ماعنى القتل والزنى والسحر وما أوعد الله عليه النار. [الربيع، ابن حبيب، الضعيفة (6302/م)].
(Batil) Daripada Jabir bin Zaid, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Syafaat itu bukanlah untuk pelaku dosa besar daripada kalangan umatku. Jabir bersumpah ketika itu: Pelaku dosa besar tidak berhak mendapat syafaat kerana Allah telah menjanjikan neraka bagi pelaku dosa besar dalam al-Quran. Walaupun terdapat hadis yang direkodkan daripada Anas bin Malik: Bahawasanya syafaat itu untuk pelaku dosa besar, demi Allah, hadis ini tidak memaksudkan dosa membunuh, berzina, sihir, dan dosa-dosa besar yang lain yang mana Allah telah janjikan neraka untuk pelakunya. [Riwayat al-Rabi‘ bin Habib. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6302/م]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman