Susun saf kamu dan kedepankanlah dalam solat orang yang paling afdhal

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اصطفوا وليتقدمكم في الصلاة أفضلكم، فإن الله يصطفي من الملائكة، ومن الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Susun saf kamu dan kedepankanlah dalam solat orang yang paling afdhal dalam kalangan kamu kerana Allah memilih daripada malaikat dan juga manusia.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1714, hadis nombor 8617. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن وائلة بن الأسقع مرفوعاً: (اصْطَفُّوا، وَلْيَتَقَدَّمْكُمْ فِي الصَّلاةِ أَفْضَلُكُمْ، فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يَصْطَفِي مِنَ الْمَلائِكَةِ، وَمِنَ النَّاسِ).
[طب، وفي ((مسند الشاميين)) ((الضعيفة)) (7017)]

(Sangat Lemah) Daripada Wathilah bin al-Asqa’ secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Susun saf kamu dan kedepankanlah dalam solat orang yang paling afdhal dalam kalangan kamu kerana Allah memilih daripada malaikat dan juga manusia.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir dan dalam Musnad al-Syammiyyin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7017]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.