Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Surat hutang itu haram

Teks Bahasa Arab

حديث: السُّفْتَجَاتُ حَرَامٌ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Surat hutang itu haram.

Sahabat Perawi

  1. Abu Zar RA
  2. Jabir bin Samurah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 148, hadis no. 32. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن جابر بن سمرة مرفوعا وفي إسناده: عمر بن موسى وضاع.

Ibn Adi meriwayatkannya daripada Jabir bin Samurah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi), sedangkan pada sanadnya terdapat Umar bin Musa seorang pemalsu hadith.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.