Surat daripada Rasulullah SAW diutuskan kepada kami

TEKS BAHASA ARAB

جاءنا كتاب رسول الله صلى الله عليه وسلم: أما بعد فأقروا بشهادة أن لا إله إلا الله وأني رسول الله وأدوا الزكاة وخطوا المساجد كذا وكذا وإلا غزوتكم، قال أبو شداد: فلم نجد من يقرأ علينا ذلك الكتاب حتى أصبنا غلاما يقرأ فقرأه علينا قال عبد العزيز: فقلت لأبي شداد: من كان على عمان يومئذ يلي أمرهم؟ قال: إسوار من أساورة كسرى يقال له: سحان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Surat daripada Rasulullah SAW diutuskan kepada kami. Baginda bersabda : Berikan akuan dan bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, aku adalah utusan Allah. Tunaikanlah zakat dan pergilah ke masjid demikian. Jika tidak, aku akan memerangi kalian semua. Abu Syaddad berkata: Kami tidak tahu siapa yang membaca surat tersebut sehinggalah seorang budak membacanya dan dia membacakan surat itu kepada kami. Abdul Aziz berkata: Kemudian aku berkata kepada Abu Syaddad: Siapa yang berada di Oman menjadi pemimpin mereka pada hari tersebut? Abu Syaddad menjawab: Mereka merupakan golongan Kisra yang dipanggil sebagai Sihan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 897-898, hadis nombor 4601. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي شداد رجل من أهل دما قرية من قرى عمان قال: جاءنا كتاب رسول الله صلى الله عليه وسلم: أما بعد فأقروا بشهادة أن لا إله إلا الله، وأني رسول الله، وأدوا الزكاة وخطوا المساجد كذا وكذا وإلا غزوتكم قال أبو شداد: فلم نجد من يقرأ علينا ذلك الكتاب حتى أصبنا غلاما يقرأ فقرأه علينا، قال عبد العزيز: فقلت لأبي شداد: من كان على عمان يومئذ يلي أمرهم؟ قال: إسوار من أساورة كسرى،يقال له: سحان. [البزار, طس, الضعيفة (6449)]

(Lemah) Daripada Abu Syaddad : Seorang lelaki daripada Dama, sebuah perkampungan di Oman telah berkata: Surat daripada Rasulullah SAW diutuskan kepada kami. Baginda bersabda : Berikan akuan dan bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, aku adalah utusan Allah. Tunaikanlah zakat dan pergilah ke masjid demikian. Jika tidak, aku akan memerangi kalian semua. Abu Syaddad berkata: Kami tidak tahu siapa yang membaca surat tersebut sehinggalah seorang budak membacanya dan dia membacakan surat itu kepada kami. Abdul Aziz berkata: Kemudian aku berkata kepada Abu Syaddad: Siapa yang berada di Oman menjadi pemimpin mereka pada hari tersebut? Abu Syaddad menjawab: Mereka merupakan golongan Kisra yang dipanggil sebagai Sihan. [Al-Bazzar, Al-Tabrani di dalam Mu’jam Al-Awsat. Al-Dha’ifah no 6449]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs