Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جاءنا كتاب رسولِ الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم: أمَّا بعدُ فأقرُّوا بشَهادةِ أن لا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وأنِّي رسولُ اللَّهِ وأدُّوا الزَّكاةَ وخُطُّوا المساجدَ كذا وكذا وإلَّا غزوتُكم. قال أبو شدادٍ: فلم نجد من يقرأُ علينا ذلكَ الكتابَ حتَّى أصبْنا غلامًا يقرأُ فقرأَهُ علينا. قالَ عبدُ العزيزِ فقلتُ لأبي شدَّادٍ: من كان على أهل عمان يلي أمْرَهم؟ قال إسوار من أساورة كسرى يقال له سيحان.
Teks Bahasa Melayu
Surat daripada Rasulullah SAW diutuskan kepada kami. Baginda bersabda : Berikan akuan dan bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, aku adalah utusan Allah. Tunaikanlah zakat dan pergilah ke masjid demikian. Jika tidak, aku akan memerangi kalian semua. Abu Syaddad berkata: Kami tidak tahu siapa yang membaca surat tersebut sehinggalah seorang budak membacanya dan dia membacakan surat itu kepada kami. Abdul Aziz berkata: Kemudian aku berkata kepada Abu Syaddad: Siapa yang berada di Oman menjadi pemimpin mereka pada hari tersebut? Abu Syaddad menjawab: Mereka merupakan golongan Kisra yang dipanggil sebagai Sihan.
Sahabat Perawi
- Abu Syaddad RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 897-898, hadis no. 4601. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي شداد رجل من أهل دما قرية من قرى عمان قال: جاءنا كتاب رسول الله صلى الله عليه وسلم: أما بعد فأقروا بشهادة أن لا إله إلا الله، وأني رسول الله، وأدوا الزكاة وخطوا المساجد كذا وكذا وإلا غزوتكم قال أبو شداد: فلم نجد من يقرأ علينا ذلك الكتاب حتى أصبنا غلاما يقرأ فقرأه علينا، قال عبد العزيز: فقلت لأبي شداد: من كان على عمان يومئذ يلي أمرهم؟ قال: إسوار من أساورة كسرى،يقال له: سحان. [البزار, طس, الضعيفة (6449)]
(Lemah) Daripada Abu Syaddad : Seorang lelaki daripada Dama, sebuah perkampungan di Oman telah berkata: Surat daripada Rasulullah SAW diutuskan kepada kami. Baginda bersabda : Berikan akuan dan bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, aku adalah utusan Allah. Tunaikanlah zakat dan pergilah ke masjid demikian. Jika tidak, aku akan memerangi kalian semua. Abu Syaddad berkata: Kami tidak tahu siapa yang membaca surat tersebut sehinggalah seorang budak membacanya dan dia membacakan surat itu kepada kami. Abdul Aziz berkata: Kemudian aku berkata kepada Abu Syaddad: Siapa yang berada di Oman menjadi pemimpin mereka pada hari tersebut? Abu Syaddad menjawab: Mereka merupakan golongan Kisra yang dipanggil sebagai Sihan. [Al-Bazzar, Al-Tabrani di dalam Mu’jam Al-Awsat. Al-Dha’ifah no 6449]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman