Surah Yasin untuk apa ia dibacakan untuknya

TEKS BAHASA ARAB

يسٓن لما قرئت له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Yasin untuk apa ia dibacakan untuknya.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 215, hadis nombor 414. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لا أصل له بهذا اللفظ.

Al-Sakhawi berkata: Tiada asalnya dengan lafaz ini.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.