Surah Yasin bagi apa yang dibaca

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: يس لما قرئت له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Surah Yasin bagi apa yang dibaca untuknya (dimakbulkan).

STATUS

Tiada asalnya dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 228, hadis nombor 732. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لا أصل له بهذا اللفظ، وهو بين جماعة الشيخ إسماعيل الجبرتي باليمن قطعي للتجربة.

Al-Sakhawi berkata: Tiada asalnya dengan lafaz ini. Namun di sisi pengikut Syeikh Ismail al-Jabarti ia adalah qat’i kerana terbukti.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.