Tiada asalnya dengan lafaz ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: يس لما قُرِئت لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Surah Yasin bagi apa yang dibaca untuknya (dimakbulkan).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Tiada asalnya dengan lafaz ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 228, hadis no. 732. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال السخاوي: لا أصل له بهذا اللفظ، وهو بين جماعة الشيخ إسماعيل الجبرتي باليمن قطعي للتجربة.
Al-Sakhawi berkata: Tiada asalnya dengan lafaz ini. Namun di sisi pengikut Syeikh Ismail al-Jabarti ia adalah qat’i kerana terbukti.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman