Surah yang disebutkan lembu betina di dalamnya adalah tempat berteduh bagi al-Qur'an

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

السورة التي تذكر فيها البقرة فسطاط القرآن، فتعلموها؛ فإن تعلمها بركة، وتركها حسرة، ولا يستطيعها البطلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Surah yang disebutkan lembu betina di dalamnya adalah tempat berteduh bagi al-Qur’an, maka pelajarilah surah itu kerana mempelajarinya adalah satu keberkatan dan meninggalkannya adalah satu kerugian, serta tidak ada yang mampu melawannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1470, hadis nombor 7489. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه – مرفوعا: (السورة التي تذكر فيها البقرة فسطاط القرآن، فتعلموها؛ فإن تعلمها بركة، وتركها حسرة، ولا يستطيعها البطلة)). [فر،((الضعيفة)) (3738)]

(Palsu)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Surah yang disebutkan lembu betina di dalamnya adalah tempat berteduh bagi al-Qur’an, maka pelajarilah surah itu kerana mempelajarinya adalah satu keberkatan dan meninggalkannya adalah satu kerugian, serta tidak ada yang mampu melawannya.
[Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3738]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.