TEKS BAHASA ARAB
أنزلت علي الليلة سورة مريم، فسمها مريم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Surah Maryam telah diturunkan padaku malam tadi, maka namakanlah anakmu Maryam.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 922, hadis nombor 4735. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن نذير الغساني -رضي الله عنه-، قال: أتيت النبي صلى الله عليه وسلم فقلت: ولدت لي الليلة جارية فقال النبي -صلى الله عليه وسلم-: ((أنزلت علي الليلة سورة مريم، فسمها مريم)) فكان يكنى بأبي مريم.
[الدولابي، ((الضعيفة)) (1893)].
(Lemah)
Daripada Nazir al-Ghassani RA, dia berkata: Aku mendatangi Rasulullah SAW lalu aku berkata: “Hamba perempuanku telah melahirkan anak malam tadi”. Rasulullah SAW bersabda: “Surah Maryam telah diturunkan padaku malam tadi, maka namakanlah anakmu Maryam”. Maka Nazir telah dikenali dengan kunyah Abu Maryam.
[Riwayat al-Dulabi dalam al-Kuna wa al-Asmaa. Lihat SIlsilah al-Da’ifah, no. 1893].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.