Surah Hud dan saudara-saudaranya telah membuat aku beruban (tua)

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

شيبتني هود وأخواتها، وما فعل بالأمم قبلي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Surah Hud dan saudara-saudaranya telah membuat aku beruban (tua) dalam keadaan apa yang telah dibuat terhadap umat-umat sebelumku (azab).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1426, hadis nombor 7242. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن جعفر بن محمد عن أبيه أن رجلا قال للنبي ﷺ: أنا أكبر منك مولدا وأنت خير مني وأفضل! فقال رسول الله ﷺ: شيبتني هود وأخواتها، وما فعل بالأمم قبلي.
[ابن سعد، ((الضعيفة)) (1930)]

(Lemah)
Daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya bahawa seseorang telah berkata kepada Nabi SAW: Aku lebih tua (umur) berbanding kamu dan engkau pula lebih baik dan lebih utama berbandingku, Rasulullah SAW pun bersabda: Surah Hud dan saudara-saudaranya telah membuat aku beruban (tua) dalam keadaan apa yang telah dibuat terhadap umat-umat sebelumku (azab).
[Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1930]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.