Surah al-Hawamim (yang didahului dengan Ha Mim) ada tujuh dan pintu Jahannam ada tujuh

TEKS BAHASA ARAB

الحَوَامِيمُ سبع، وأبواب جهنم سبع، تجيء كل (حم) منها تقف على باب من هذه الأبواب، فتقول: اللهم! لا تدخل من هذا الباب من كان يؤمن بي ويقرؤني.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Surah al-Hawamim (yang didahului dengan Ha Mim) ada tujuh dan pintu Jahannam ada tujuh. Setiap “Haa mim” itu akan datang pada setiap pintu Jahannam, lalu berkata: Ya Allah! Jangan masukkan ke pintu ini orang yang beriman denganku dan membacaku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1553, hadis nombor 7872. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الخليل بن مرة أن رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كان لا ينام حتى يقرأ: {تبارك} و: {حم السجدة}، وقال: ((الحَوَامِيمُ سبع، وأبواب جهنم سبع، تجيء كل (حم) منها تقف على باب من هذه الأبواب، فتقول: اللهم! لا تدخل من هذا الباب من كان يؤمن بي ويقرؤني)) [هب، ((الضعيفة)) (6183)]

(Lemah)
Daripada al-Khalil bin Murrah: “Bahawa Rasulullah SAW tidak tidur sehingga Baginda membaca: “Tabaraka” (Surah al-Mulk) dan “Haa Mim al-Sajdah” (Surah al-Sajdah) (terlebih dahulu). Baginda berkata: Surah al-Hawamim (yang didahului dengan Ha Mim) ada tujuh dan pintu Jahannam ada tujuh. Setiap “Haa mim” itu akan datang pada setiap pintu Jahannam, lalu berkata: Ya Allah! Jangan masukkan ke pintu ini orang yang beriman denganku dan membacaku."
[Riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6183]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs