Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نزلت فاتحةُ الكتابِ من كنزٍ تحت العرش.
Teks Bahasa Melayu
Surah al-Fatihah telah turun dari perbendaharaan di bawah 'Arash.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1486, hadis no. 7588. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي - رضي الله عنه - رفعه: ((نزلت فاتحة الكتاب من كنز تحت العرش)). [فر، ((الضعيفة)) (4024)]
(Lemah) Daripada 'Ali RA, beliau telah meriwayatkannya secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Surah al-Fatihah telah turun dari perbendaharaan di bawah 'Arash. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4024]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman