Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فَاتِحَةُ الكِتَابِ شِفَاءٌ من السَّمِّ.
Teks Bahasa Melayu
Surah al-Fatihah merupakan penawar kepada racun.
Sahabat Perawi
- Abu Sa'id al-Khudri RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1179, hadis no. 5967. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه - رفعه: ((فاتحة الكتاب شفاء من السم)). [عبدالرحمنبن نصر في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (3997)]
(Palsu) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Surah al-Fatihah merupakan penawar kepada racun. [Riwayat ‘Abdul Rahman bin Nasr dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3997]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman