Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فَاتِحَةُ الْكِتَابِ تُجْزِي مَا لَا يُجْزِي شَيْءٌ مِنَ الْقُرْآنِ وَلَوْ أَنَّ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ جُعِلَتْ فِي كِفَّةِ الْمِيزَانِ وَجُعِلَ الْقُرْآنُ فِي الكِفَّةِ الأُخْرَى لَفَضَلَتْ فَاتِحَةُ الكِتَابِ عَلَى الْقُرْآنِ سَبْعَ مَرَّاتٍ.
Teks Bahasa Melayu
Surah al-Fatihah mencapai kedudukan yang tidak dicapai oleh mana-mana surah al-Quran lain. Sekiranya surah al-Fatihah diletakkan pada sebelah neraca timbangan, manakala surah al-Quran lain diletakkan pada sebelah yang lain, pastilah surah al-Fatihah melebihi surah-surah al-Quran lain sebanyak tujuh kali.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 58, hadis no. 319. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ini hadith palsu.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman