Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فاتحةُ الكتابِ تُجزي ما لا يُجزي شيءٌ من القرآنِ، ولو أنَّ فاتحةَ الكتابِ جُعلتْ في كِفةِ الميزانِ، وجُعلَ القرآنُ في الكِفةِ الأُخرى، لفضلتْ فاتحةُ الكتابِ على القرآنِ سبعَ مراتٍ.
Teks Bahasa Melayu
Surah al-Fatihah berada di tahap yang tidak boleh dicapai oleh mana-mana surah al-Qur'an. Sekiranya surah al-Fatihah diletakkan pada sebelah timbangan dan al-Qur'an pula diletakkan pada sebelah yang lain, pastilah surah al-Fatihah melebihi surah-surah al-Qur'an lain sebanyak 7 kali ganda.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1473, hadis no. 7505. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه - رفعه: ((فاتحة الكتاب تجزي ما لا يجزي شيء من القرآن، ولو أن فاتحة الكتاب جعلت في كفة الميزان، وجعل القرآن في الكفة الأخرى، لفضلت فاتحة الكتاب على القرآن سبع مرات)). [ فر، ((الضعيفة)) (3996)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu al-Darda' RA, beliau memarfu'kannya (menyandarkannya kepada Nabi SAW): Surah al-Fatihah berada di tahap yang tidak boleh dicapai oleh mana-mana surah al-Qur'an. Sekiranya surah al-Fatihah diletakkan pada sebelah timbangan dan al-Qur'an pula diletakkan pada sebelah yang lain, pastilah surah al-Fatihah melebihi surah-surah al-Qur'an lain sebanyak 7 kali ganda. [Riwayat al-Daylami dalam al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3996]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman