Tiada asal baginya atau palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: الْفَاتِحَة لما قَرَأت لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Surah Al-Fatihah bagi apa yang dibaca untuknya (dimakbulkan).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Tiada asal baginya atau palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 229, hadis no. 733. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
فعزاه الزركشي للبيهقي في الشعب، وتعقبه السيوطي بأنه لا وجود له في الشعب.
Al-Zarkasyi menyatakan ia diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam al-Syu’ab (kitab Syu'ab al-iman), al-Suyuti menguatkan bahawa hadis ini tidak wujud di dalam al-Syu’ab.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman