Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Surah al-Fatihah adalah penawar kepada racun

Teks Bahasa Arab

فاتحةُ الكتابِ شفاءٌ من السَّمِّ.

Teks Bahasa Melayu

Surah al-Fatihah adalah penawar kepada racun.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1473, hadis no. 7506. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد الخدري - رضي الله عنه - مرفوعا: ((فاتحة الكتاب شفاء من السم)). [عبد الرحمن بن نصر الدمشقي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (3997)]

(Palsu) Daripada Abu Sa'id al-Khudri RA, secara marfu’ (disandarkannya kepada Nabi SAW): Surah al-Fatihah adalah penawar kepada racun. [Riwayat 'Abd al-Rahman bin Nasr al-Dimashq dalam ((al-Fawaid)). Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3997]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.