Surah al-Baqarah ialah puncak al-Quran dan yang tertinggi kedudukannya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

{البقرة} سنام القرآن وذروته، ونزل مع كل آية منها ثمانون ملكا، واستخرجت {الله لا إله إلا هو الحي القيوم} من تحت العرش فوصلت بها -أو: فوصلت بسورة {البقرة}-، و{يس} قلب القرآن، لا يقرؤها رجل يريد الله -تبارك وتعالى- والدار الآخرة؛ إلا غفر له، واقرؤوها على موتاكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Surah al-Baqarah ialah puncak al-Quran dan yang tertinggi kedudukannya. Telah turun bersama setiap ayatnya lapan puluh malaikat. Ayat al-Kursi keluar daripada Arasy lalu digabungkan dengannya (atau digabungkan dengan surah al-Baqarah). Yasin pula ialah jantung hati al-Quran. Tiada seorang pun yang membacanya dengan mengharapkan keredaan Allah SWT dan akhirat melainkan akan diampunkan baginya, dan bacakanlah surah tersebut kepada orang-orang yang hampir meninggal dunia dalam kalangan kamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1772, hadis nombor 8920. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن معقل بن يسار -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (({البقرة} سنام القرآن وذروته، ونزل مع كل آية منها ثمانون ملكا، واستخرجت {الله لا إله إلا هو الحي القيوم} من تحت العرش فوصلت بها -أو: فوصلت بسورة {البقرة}-، و{يس} قلب القرآن، لا يقرؤها رجل يريد الله -تبارك وتعالى- والدار الآخرة؛ إلا غفر له، واقرؤوها على موتاكم)). [حم، النسائي في ((عمل اليوم والليلة))، ((الضعيفة)) (6843)]

(Munkar)
Daripada Ma‘qil bin Yasār RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Surah al-Baqarah ialah puncak al-Quran dan yang tertinggi kedudukannya. Telah turun bersama setiap ayatnya lapan puluh malaikat. Ayat al-Kursi keluar daripada Arasy lalu digabungkan dengannya (atau digabungkan dengan surah al-Baqarah). Yasin pula ialah jantung hati al-Quran. Tiada seorang pun yang membacanya dengan mengharapkan keredaan Allah SWT dan akhirat melainkan akan diampunkan baginya, dan bacakanlah surah tersebut kepada orang-orang yang hampir meninggal dunia dalam kalangan kamu.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Nasāi dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6843]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.