Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
{البقرةُ} سِنامُ القرآنِ وذُرْوَتُهِ، ونزلَ مع كلِّ آيةٍ منها ثمانونَ مَلَكًا، واستُخْرِجَتْ {اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} من تحتِ العرشِ فَوُصِلَتْ بها -أو: فَوُصِلَتْ بسورةِ {البقرةِ}-، و{يس} قلبُ القرآنِ، لا يَقرؤُها رجلٌ يُريدُ اللهُ -تباركَ وتعالى- والدارَ الآخرةَ؛ إلا غُفِرَ لهُ، واقْرؤوها على مَوتاكمْ.
Teks Bahasa Melayu
Surah al-Baqarah ialah puncak al-Quran dan yang tertinggi kedudukannya. Telah turun bersama setiap ayatnya lapan puluh malaikat. Ayat al-Kursi keluar daripada Arasy lalu digabungkan dengannya (atau digabungkan dengan surah al-Baqarah). Yasin pula ialah jantung hati al-Quran. Tiada seorang pun yang membacanya dengan mengharapkan keredaan Allah SWT dan akhirat melainkan akan diampunkan baginya, dan bacakanlah surah tersebut kepada orang-orang yang hampir meninggal dunia dalam kalangan kamu.
Sahabat Perawi
- Ma'qil bin Yasar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1772, hadis no. 8920. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن معقل بن يسار -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (({البقرة} سنام القرآن وذروته، ونزل مع كل آية منها ثمانون ملكا، واستخرجت {الله لا إله إلا هو الحي القيوم} من تحت العرش فوصلت بها -أو: فوصلت بسورة {البقرة}-، و{يس} قلب القرآن، لا يقرؤها رجل يريد الله -تبارك وتعالى- والدار الآخرة؛ إلا غفر له، واقرؤوها على موتاكم)). [حم، النسائي في ((عمل اليوم والليلة))، ((الضعيفة)) (6843)]
(Munkar) Daripada Ma‘qil bin Yasār RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Surah al-Baqarah ialah puncak al-Quran dan yang tertinggi kedudukannya. Telah turun bersama setiap ayatnya lapan puluh malaikat. Ayat al-Kursi keluar daripada Arasy lalu digabungkan dengannya (atau digabungkan dengan surah al-Baqarah). Yasin pula ialah jantung hati al-Quran. Tiada seorang pun yang membacanya dengan mengharapkan keredaan Allah SWT dan akhirat melainkan akan diampunkan baginya, dan bacakanlah surah tersebut kepada orang-orang yang hampir meninggal dunia dalam kalangan kamu. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-Nasāi dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6843]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman