Surah al-An‘am turun dan bersamanya segerombolan para malaikat yang memenuhi antara kedua ufuk

TEKS BAHASA ARAB

نزلت سورة الأنعام ومعها كوكب من الملائكة ما بين الخافقين، لهم زجل بالتسبيح والتقديس، والأرض [بهم] ترتج، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: سبحان الله العظيم، سبحان الله العظيم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Surah al-An‘am turun dan bersamanya segerombolan para malaikat yang memenuhi antara kedua ufuk (barat dan timur). Bersama mereka gema tasbih dan pengagungan (Allah SWT), serta bumi bergoncang (kerana kehadiran mereka). Dan Rasulullah SAW mengucapkan: “Maha Suci Allah Yang Maha Agung, Maha Suci Allah Yang Maha Agung”.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 527, hadis nombor 2794. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر) عن أنس بن مالك رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «نزلت سورة الأنعام ومعها كوكب من الملائكة ما بين الخافقين، لهم زجل بالتسبيح والتقديس، والأرض [بهم] ترتج، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: سبحان الله العظيم، سبحان الله العظيم».
[طس، الإسماعيلي، «الضعيفة» (5627)].

(Munkar) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Surah al-An‘am turun dan bersamanya segerombolan para malaikat yang memenuhi antara kedua ufuk (barat dan timur). Bersama mereka gema tasbih dan pengagungan (Allah SWT), serta bumi bergoncang (kerana kehadiran mereka). Dan Rasulullah SAW mengucapkan: “Maha Suci Allah Yang Maha Agung, Maha Suci Allah Yang Maha Agung”.
[Riwayat al-Tabarani dalam Kitab al-Mu‘jam al-Awsat, al-'Ismai'li dalam kitab Mu'jam Syuyukh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5627]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs