TEKS BAHASA ARAB
ألا تحدثن الرجال، إلا أن تكون ذات محرم؛ فإن الرجل لا يزال يحدث المرأة حتى يمذي بين فخذيه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Supaya kamu tidak berbicara dengan kaum lelaki, kecuali yang mahram, sesungguhnya lelaki akan berbicara dengan wanita sehingga air mazinya keluar di antara celah pahanya.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 816, hadis nombor 4199. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن الحسن قال: ((كان فيما أخذ [لما بايع النساء]: ((ألا تحدثن الرجال، إلا أن تكون ذات محرم؛ فإن الرجل لا يزال يحدث المرأة حتى يمذي بين فخذيه)).
[ابن أبي حاتم، ابن سعد، ابن جرير، عب، ((الضعيفة)) (6058)].
(Munkar) Daripada al-Hasan berkata: “Antara yang dinasihatkan [ketika berbaiah dengan kaum wanita]: “Supaya kamu tidak berbicara dengan kaum lelaki, kecuali yang mahram, sesungguhnya lelaki akan berbicara dengan wanita sehingga air mazinya keluar di antara celah pahanya.”
[Riwayat Ibn Abi Hatim dalam tafsirnya, Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat, Abd al-Razaq dalam Musannaf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6058]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.