Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ألَّا تُحَدِّثْنَ الرِّجالَ، إلَّا أنْ تَكونَ ذاتَ مَحْرَمٍ؛ فإنَّ الرَّجُلَ لا يَزالُ يُحَدِّثُ المَرأةَ حتى يُمْذِيَ بَينَ فَخِذَيْهِ.
Teks Bahasa Melayu
Supaya kamu tidak berbicara dengan kaum lelaki, kecuali yang mahram, sesungguhnya lelaki akan berbicara dengan wanita sehingga air mazinya keluar di antara celah pahanya.
Sahabat Perawi
- al-Hasan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 816, hadis no. 4199. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن الحسن قال: ((كان فيما أخذ [لما بايع النساء]: ((ألا تحدثن الرجال، إلا أن تكون ذات محرم؛ فإن الرجل لا يزال يحدث المرأة حتى يمذي بين فخذيه)). [ابن أبي حاتم، ابن سعد، ابن جرير، عب، ((الضعيفة)) (6058)].
(Munkar) Daripada al-Hasan berkata: “Antara yang dinasihatkan [ketika berbaiah dengan kaum wanita]: “Supaya kamu tidak berbicara dengan kaum lelaki, kecuali yang mahram, sesungguhnya lelaki akan berbicara dengan wanita sehingga air mazinya keluar di antara celah pahanya.” [Riwayat Ibn Abi Hatim dalam tafsirnya, Ibn Sa’d dalam al-Tabaqat, Abd al-Razaq dalam Musannaf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6058]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman