Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
السُّنَةُ سُنَّتَانِ: سُنَّةٌ في فريضةٍ، وسنةٌ في غير فريضةٍ، السنة التي في الفريضةِ أصلُها في كتابِ الله؛ أَخْذُها هُدَى وتَرْكُهَا ضلالةٌ، والسنة التي ليس أصلها في كتاب الله؛ الأخذُ بها فضيلةٌ وتركُها ليس بخطيئةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sunnah itu ada dua; Sunnah dalam perkara fardu dan sunnah dalam perkara bukan fardu. Sunnah yang terdapat dalam perkara fardu asalnya ada dalam Kitab Allah, mengambilnya akan menjadi petunjuk dan meninggalkan akan menjadi kesesatan. Dan sunnah yang tidak ada asalnya dalam Kitab Allah, mengambilnya akan menjadi suatu kelebihan dan meninggalkannya bukan satu kesalahan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1267, hadis no. 6481. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: السنة سنتان: سنة في فريضة، وسنة في غير فريضة، السنة التي في الفريضة أصلها في كتاب الله؛ أخذها هدى وتركها ضلالة، والسنة التي ليس أصلها في كتاب الله؛ الأخذ بها فضيلة وتركها ليس بخطيئة. [طس، ((الضعيفة)) (3736)]
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sunnah itu ada dua; Sunnah dalam perkara fardu dan sunnah dalam perkara bukan fardu. Sunnah yang terdapat dalam perkara fardu asalnya ada dalam Kitab Allah, mengambilnya akan menjadi petunjuk dan meninggalkan akan menjadi kesesatan. Dan sunnah yang tidak ada asalnya dalam Kitab Allah, mengambilnya akan menjadi suatu kelebihan dan meninggalkannya bukan satu kesalahan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3736]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman