Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sunnah istisqa’ seperti sunnah solat dua hari raya

Teks Bahasa Arab

سُنَّةُ الِاسْتِسْقَاءِ سُنَّةُ الصَّلاةِ في العيدَين؛ إلا أَنّ رسولَ الله ﷺ قلبَ رداءَه، فجَعَلَ يمينهُ على يسَارِه، ويسارَهُ على يمينِه، وصلى ركعتينِ، وكبّرّ في الأولى سبْعَ تكبيراتٍ، وقرَأ {سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الَأَعْلَى}، وقرأَ في الثانية {هَلْ أتاكَ حديثُ الغاشية}، وكبّر فيها خَمْسَ تكبيرات.

Teks Bahasa Melayu

Sunnah istisqa’ seperti sunnah solat dua hari raya. Bezanya Rasulullah ﷺ membalikkan pakaian atas baginda, iaitu dengan menjadikan bahagian kanannya di atas kiri baginda, manakala bahagian kirinya di atas kanan baginda dan baginda solat dua rakaat. Pada rakaat pertama, baginda mengangkat tujuh kali takbir dan membaca "Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi" (surah al-A’la). Manakala pada rakaat kedua baginda membaca "Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?" (surah al-Ghashiyah) dan mengangkat lima kali takbir padanya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 322, hadis no. 1698. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدًا) عن طلحة بن يحيى، قال: أرسلني مروان إلى ابن عباس أسأله عن سنة الاستسقاء، فقال: ((سُنَّةُ الِاسْتِسْقَاءِ سُنَّةُ الصَّلاةِ في العيدَين؛ إلا أَنّ رسولَ الله ﷺ قلبَ رداءَه، فجَعَلَ يمينهُ على يسَارِه، ويسارَهُ على يمينِه، وصلى ركعتينِ، وكبّرّ في الأولى سبْعَ تكبيراتٍ، وقرَأ {سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الَأَعْلَى}، وقرأَ في الثانية {هَلْ أتاكَ حديثُ الغاشية}، وكبّر فيها خَمْسَ تكبيرات)). [البزار، قط، ك، هق، ((الضعيفة)) (5631)].

(Terlalu Daif) Daripada Talhah bin Yahya, beliau berkata: Marwan telah mengutuskan saya kepada Ibn Abbas bagi bertanyakan beliau tentang sunnah istisqa’. Beliau menjawab: “Sunnah istisqa’ seperti sunnah solat dua hari raya. Bezanya Rasulullah ﷺ membalikkan pakaian atas baginda, iaitu dengan menjadikan bahagian kanannya di atas kiri baginda, manakala bahagian kirinya di atas kanan baginda dan baginda solat dua rakaat. Pada rakaat pertama, baginda mengangkat tujuh kali takbir dan membaca "Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi" (surah al-A’la). Manakala pada rakaat kedua baginda membaca "Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?" (surah al-Ghashiyah) dan mengangkat lima kali takbir padanya.” [Riwayat al-Bazzar dalam Musnadnya, al-Daraqutni dalam Sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5631].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.