Sesungguhnya di antara umatku yang paling cepat menyusuli aku di syurga adalah wanita dari kalangan Ahmas

TEKS BAHASA ARAB

إن أسرع أمتي لحوقا بي في الجنة امرأة من أحمس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya di antara umatku yang paling cepat menyusuli aku di syurga adalah wanita dari kalangan Ahmas (Quraisy).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 931, hadis nombor 4790. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سلمى بنت جابر أن زوجها استشهد، فأتت عبد الله بن مسعود فقالت: إني امرأة قد استشهد زوجي، وقد خطبني الرجل، فأبيت أن أتزوج حتى ألقاه، فترجو لي إن اجتمعت أنا وهو أن أكون من أزواجه؟ قال: نعم، فقال له رجل: ما رأيناك نقلت هذا مذ قاعدناك، قال: إني سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((إن أسرع أمتي لحوقا بي في الجنة امرأة من أحمس)).
[حم، ع، ((الضعيفة)) (2977)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada Salma binti Jabir bahawa suaminya mati syahid, kemudian dia bertemu Abdullah bin Mas’ud dan berkata: Aku perempuan yang mana suamiku telah syahid, dan ada lelaki yang meminangku, tetapi aku tidak ingin berkahwin sehingga aku bertemu dengannya (suamiku), engkau berharap jika aku dan dia (suami) berhimpun aku tetap akan menjadi sebahagiam daripada isterinya? Abdullah bin Mas’ud berkata: Ya. Maka lelaki tersebut pun berkata: Kami tidak melihat engkau menyebut perkara ini sejak kami bergaul denganmu. Kemudian Abdullah bin Mas’ud pun berkata: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya di antara umatku yang paling cepat menyusuli aku di syurga adalah wanita dari kalangan Ahmas (Quraisy).
[Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal, dan Musnad Abi Ya’la. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2977].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.