Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sungguh diantara umatku yang paling cepat menyusuli aku di Syurga adalah wanita dari kalangan Ahmus

Teks Bahasa Arab

إنَّ أسرَعَ أُمَّتي بي لُحوقًا في الجنَّةِ، امرأةٌ مِن أَحمَسَ.

Teks Bahasa Melayu

Sungguh diantara umatku yang paling cepat menyusuli aku di Syurga adalah wanita dari kalangan Ahmus (Quraisy).

Sahabat Perawi

  1. Salma binti Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 931, hadis no. 4790. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سلمى بنت جابر أن زوجها استشهد، فأتت عبد الله بن مسعود فقالت: إني امرأة قد استشهد زوجي، وقد خطبني الرجل، فأبيت أن أتزوج حتى ألقاه، فترجو لي إن اجتمعت أنا وهو أن أكون من أزواجه؟ قال: نعم، فقال له رجل: ما رأيناك نقلت هذا مذ قاعدناك، قال: إني سمعت رسول الله - صلى الله عليه وسلم - يقول: إن أسرع أمتي لحوقا بي في الجنة امرأة من أحمس. [حم، ع، الضعيفة (2977)].

(Lemah) Diriwayatkan daripada Salma binti Jabir bahawa suaminya mati syahid, kemudian dia bertemu Abdullah bin Mas’ud dan berkata: “Aku wanita yang kematian suami, dan ada lelaki yang meminangku, tetapi aku tidak ingin berkahwin sehingga aku bertemunya, jadi aku berharap jika kau dapat temukan aku dan dia yang ingin menjadi suami”. Abdullah bin Mas’ud berkata: “Ya”. Maka lelaki tersebut pun berkata: “Kami tidak melihat engkau menyebut perkara ini sejak tadi”. Kemudian Abdullah bin Mas’ud pun berkata: “Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh diantara umatku yang paling cepat menyusuli aku di Syurga adalah wanita dari kalangan Ahmus”. (Quraisy). [Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal, dan Musnad Abi Ya’la. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2977].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.