Classification icon

Dikatakan tiada asal baginya atau dengan asalnya palsu.

30/06/2024

minit bacaan



Sungguh benar dan berbakti engkau

Teks Bahasa Arab

وَكَذَا قَوْله: صدقت وبررت، وبالحق نطقت.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sadaqta wa barirta, wabilhaqqi nataqta (Sungguh benar dan berbakti engkau, kalimat haq telah engkau ucapkan).

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Dikatakan tiada asal baginya atau dengan asalnya palsu.

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 107, hadis no. 294. Dalam mukadimahnya beliau mengatakan bahawa beliau meringkaskan himpunan hadis-hadis yang "dikatakan tiada asal baginya atau dengan asalnya palsu". Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

استحبه الشافعية، وادعى ابن الرفعة أن خبرا ورد فيه، ولا يعرف من قاله. ذكره علي قاري عن الدميري.

Ulama mazhab Syafie menggalakkan ucapan ini. Ibn Raf’ah mendakwa bahawa ada hadis warid tentang perkara ini, namun tidak diketahui siapa yang menyatakan demikian. Ali Qari menukil pandangan tersebut daripada al-Damiri.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.