Sumpah Malaikat Langit

TEKS BAHASA ARAB

إن يمين ملائكة السماء: والذي زيَّن الرجال باللحى، والنساء بالذوائب!.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya sumpah malaikat langit (ialah): Demi yang menghias lelaki dengan janggut-janggut dan wanita-wanita dengan anak rambut.

STATUS

Sangat Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1633, hadis nombor 8256. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن يمين ملائكة السماء: والذي زيَّن الرجال باللحى، والنساء بالذوائب!)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5680)].

(Sangat Munkar)
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya sumpah malaikat langit (ialah): Demi yang menghias lelaki dengan janggut-janggut dan wanita-wanita dengan anak rambut.))
[Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5680].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.