TEKS BAHASA ARAB
قسم من الله عز وجل: لا يدخل الجنة بخيل.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Suatu sumpah dari Allah SWT (bahawa): Orang yang kedekut tidak akan masuk ke dalam syurga.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 863, hadis nombor 4408. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((قسم من الله عز وجل: لا يدخل الجنة بخيل)). [تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (673)].
(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’: “Suatu sumpah dari Allah SWT (bahawa): Orang yang kedekut tidak akan masuk ke dalam syurga.”
[Riwayat Tammam dalam al-Fawaid, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 673].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.