Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قَسَمٌ مِنَ اللَّهِ عزَّ وجلَّ: لا يدخُلُ الجنَّةَ بخيلٌ.
Teks Bahasa Melayu
Suatu sumpah dari Allah SWT (bahawa): Orang yang kedekut tidak akan masuk ke dalam syurga.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 863, hadis no. 4408. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((قسم من الله عز وجل: لا يدخل الجنة بخيل)). [تمام، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (673)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’: “Suatu sumpah dari Allah SWT (bahawa): Orang yang kedekut tidak akan masuk ke dalam syurga.” [Riwayat Tammam dalam al-Fawaid, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 673].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman