Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Sumber segala penyakit itu adalah reda dengan diri sendiri

Teks Bahasa Arab

أَصْلُ كُلِّ دَاءٍ الرِّضَا عَنِ النَّفْسِ.

Teks Bahasa Melayu

Sumber segala penyakit itu adalah reda dengan diri sendiri.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 56, hadis no. 30. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من كلام السلف وليس بحديث، ذكره ابن الديبع.

Ia adalah kata-kata salaf dan bukan hadis, disebutkan oleh Ibn al-Daiba’.

Rujukan

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.