Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
قُبُضاتُ التَّمرِ للمساكينِ مُهورُ الحُورِ العِيْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Sumbangan kurma untuk orang-orang miskin ialah mahar untuk para bidadari (di syurga).
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 689, hadis no. 3541. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي أمامة - رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((قبضات التمر للمساكين مهور الحور العين)). [ابن الجوزي في ((الموضوعات))، ((الضعيفة)) (6197)]
(Palsu) Daripada Abu Umamah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sumbangan kurma untuk orang-orang miskin ialah mahar untuk para bidadari (di syurga).” [Riwayat Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhu'at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6197]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman