Sultan (penguasa) itu adalah bayangan Allah di bumi-Nya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

السلطان ظل الله في أرضه، من نصحه؛ هُدي، ومن غشه؛ ضل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sultan (penguasa) itu adalah bayangan Allah di bumi-Nya. Barangsiapa yang menasihatinya, maka dia akan diberi petunjuk. Manakala barangsiapa yang menipunya, maka dia akan sesat.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 975, hadis nombor 5024. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((‌السلطان ظل الله في أرضه، من نصحه؛ هُدي، ومن غشه؛ ضل)). [أبو نعيم في ((كتاب فضيلة العادلين))، ((الضعيفة)) (475)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sultan (penguasa) itu adalah bayangan Allah di bumi-Nya. Barangsiapa yang menasihatinya, maka dia akan diberi petunjuk. Manakala barangsiapa yang menipunya, maka dia akan sesat. [Riwayat Abu Nu’aym dalam Faḍilat al-‘Adilayn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 475]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.