Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sultan (penguasa) itu adalah bayangan Allah di bumi-Nya

Teks Bahasa Arab

السلطانُ ظِلُّ اللهِ في أرضِه, مَن نصحه هُدِيَ، ومَن غَشَّهُ، ضَلَّ.

Teks Bahasa Melayu

Sultan (penguasa) itu adalah bayangan Allah di bumi-Nya. Barangsiapa yang menasihatinya, maka dia akan diberi petunjuk. Manakala barangsiapa yang menipunya, maka dia akan sesat.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 975, hadis no. 5024. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((‌السلطان ظل الله في أرضه، من نصحه؛ هُدي، ومن غشه؛ ضل)). [أبو نعيم في ((كتاب فضيلة العادلين))، ((الضعيفة)) (475)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sultan (penguasa) itu adalah bayangan Allah di bumi-Nya. Barangsiapa yang menasihatinya, maka dia akan diberi petunjuk. Manakala barangsiapa yang menipunya, maka dia akan sesat. [Riwayat Abu Nu’aym dalam Faḍilat al-‘Adilayn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 475]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.