TEKS BAHASA ARAB
السلطان ظل الله في الأرض، يأوي إليه الضعيف، وبه ينتصر المظلوم، ومن أكرم سلطان الله – عز وجل – في الدنيا، أكرمه الله يوم القيامة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sultan itu adalah teduhan Allah di bumi, berlindung padanya orang-orang yang lemah, dengannya orang-orang yang zalim akan dibantu, sesiapa yang memuliakan sultan Allah SWT di bumi, Allah akan memuliakannya pada hari kiamat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 779, hadis nombor 3992. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((السلطان ظل الله في الأرض، يأوي إليه الضعيف، وبه ينتصر المظلوم، ومن أكرم سلطان الله – عز وجل – في الدنيا، أكرمه الله يوم القيامة)). [أبو محمد بن يوسف في ((جزء من الأمالي))، ابن النجار، ((الضعيفة)) (1663)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sultan itu adalah teduhan Allah di bumi, berlindung padanya orang-orang yang lemah, dengannya orang-orang yang zalim akan dibantu, sesiapa yang memuliakan sultan Allah SWT di bumi, Allah akan memuliakannya pada hari kiamat. [Riwayat Abu Muhammad bin Yusuf dalam Juz min al-Amali, Ibn al-Najjar. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1663]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.