Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خُيِّرَ سُليمانُ بين الملْكِ والمَالِ والعِلمِ، فاختارَ العلمَ، فأُعطِيَ الملْكَ والمالَ؛ لِاختيارِهِ العِلمَ.
Teks Bahasa Melayu
Sulaiman telah diberi pilihan antara kekuasaan, harta serta ilmu, maka baginda memilih ilmu, lalu baginda diberikan kekuasaan dan juga harta, kerana pilihannya terhadap ilmu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 839, hadis no. 4301. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((خير سليمان بين الملك والمال والعلم، فاختار العلم، فأعطي الملك والمال؛ لاختياره العلم)). [فر، ((الضعيفة)) (3586)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sulaiman telah diberi pilihan antara kekuasaan, harta serta ilmu, maka baginda memilih ilmu, lalu baginda diberikan kekuasaan dan juga harta, kerana pilihannya terhadap ilmu. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws . Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3586]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman