TEKS BAHASA ARAB
خير سلیمان بين الملك والمال والعلم، فاختار العلم، فأعطي الملك والمال، لاختياره العلم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sulaiman AS diberi pilihan antara kekuasaan, harta dan juga ilmu. Lalu baginda memilih ilmu. Kemudian baginda dikurniakan kekuasaan dan harta kerana baginda memilih ilmu.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1837, hadis nombor 9260. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: خير سلیمان بين الملك والمال والعلم، فاختار العلم، فأعطي الملك والمال، لاختياره العلم. [فر، (الضعيفة) (3586)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda: “Sulaiman AS diberi pilihan antara kekuasaan, harta dan juga ilmu. Lalu baginda memilih ilmu. Kemudian baginda dikurniakan kekuasaan dan harta kerana baginda memilih ilmu." [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3586]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.