Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خُيِّرَ سليمانُ بينَ المُلكِ والمالِ والعلمِ، فاختار العلمَ، فأُعطيَ الملكَ والمالَ ؛ لاختيارِهِ العلمَ.
Teks Bahasa Melayu
Sulaiman AS diberi pilihan antara kekuasaan, harta dan juga ilmu. Lalu baginda memilih ilmu. Kemudian baginda dikurniakan kekuasaan dan harta kerana baginda memilih ilmu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1837, hadis no. 9260. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: خير سلیمان بين الملك والمال والعلم، فاختار العلم، فأعطي الملك والمال، لاختياره العلم. [فر، (الضعيفة) (3586)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda: “Sulaiman AS diberi pilihan antara kekuasaan, harta dan juga ilmu. Lalu baginda memilih ilmu. Kemudian baginda dikurniakan kekuasaan dan harta kerana baginda memilih ilmu." [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3586]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman