Hasan
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أحبب من شئت فإنك مفارقه.
Teks Bahasa Melayu
Sukailah sesiapa yang engkau mahu, sesungguhnya nanti engkau akan berpisah dengannya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Hasan
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Di dalam hadith ini ada juga disebutkan: "Kemuliaan bagi orang mukmin adalah bangun (beribadah) pada waktu malam.” Dalam sanad hadith ini terdapat Muhammad Bin Humaid. Abu Zur’ah dan lain-lain menilainya sebagai perawi yang suka berdusta. Zafir pula adalah perawi yang buruk hafalannya. Riwayatnya tidak boleh dijadikan sokongan. Aku katakan: al-Hakim menilainya sahih. Ibn Hajar berkata: Hukum hadith tersebut adalah beberapa perselisihan. Para huffaz melihat ada percanggahan. Maka al-Hakim menilainya sebagai sahih manakala Ibn Jauzi menilainya sebagai daif. Yang betulnya, hadith tersebut tidak boleh dinilai sebagai hadith yang palsu mahupun sahih. Aku katakan lagi: al-Munziri menilainya sebagai hadith hasan. Ini kerana Ia mempunyai syahid (riwayat sokongan) daripada Jabir dan ia juga diriwayatkan daripada ahlul bayt.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman