Sujud perlu atas dahi

TEKS BAHASA ARAB

السجود على الجبهة والكفين والركبتين وصدور القدمين من لم يمكن شيئا منها من الأرض أحرقه الله بالنار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sujud perlu atas dahi, kedua telapak tangan, dua lutut, kedua tapak kaki, sesiapa yang tidak menetapkan mana-mana anggota tersebut pada tanah, maka Allah akan membakarnya dengan neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 45, hadis nombor 234. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Beliau pemalsu hadith, lalu bagaimana penulis (al-Suyuti) boleh beranggapan bahawa beliau telah menjaga kitabnya daripada hadith yang diriwayatkan secara berseorangan oleh pendusta atau pemalsu hadith. Al-Daraqutni sendiri menyebutkan jelas bahawa perawi pemalsu hadith meriwayatkan bersendirian hadith tersebut.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs