Sujud menggunakan tujuh anggota

TEKS BAHASA ARAB

السجود على سبع: الجبهة والعينين والكفين والركبتين وصدور القدمين، فمن لم يمكن شيئا منه من الأرض؛ أحرقه بالنار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sujud menggunakan tujuh anggota: dahi, dua mata, dua tapak tangan, dua lutut, dada dan dua kaki. Barang siapa yang tidak menekap mana-mana anggota tersebut, Allah akan membakarnya dengan api.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1916, hadis nombor 9625. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: قال رسول الله ﷺ: السجود على سبع: الجبهة والعينين والكفين والركبتين وصدور القدمين، فمن لم يمكن شيئاً منه من الأرض؛ أحرقه الله بالنار.
[عد، ((الضعيفة)) (5811)]

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sujud menggunakan tujuh anggota: dahi, dua mata, dua tapak tangan, dua lutut, dada dan dua kaki. Barang siapa yang tidak menekap mana-mana anggota tersebut, Allah akan membakarnya dengan api neraka. [Riwayat Ibnu Adi. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5811]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.