Sujud itu di atas tujuh anggota

TEKS BAHASA ARAB

السجود على سبعة أعضاء: اليدين، والقدمين، والركبتين والجبهة، ورفع الأيدي إذا رأيت البيت، وعلى الصفا والمروة، وبعرفة وبجمع، وعند رمي الجمار، وإذا أقيمت الصلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sujud itu di atas tujuh anggota: dua tangan, dua kaki, dua lutut dan dahi. Manakala mengangkat tangan itu dilakukan apabila kamu melihat Kaabah, ketika berada di atas bukit Safa dan Marwah, ketika di Arafah, ketika jama’ (di Muzdalifah), ketika melontar jamrah dan ketika mendirikan solat.

STATUS

Munkar dengan sebutan angkat tangan

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 359, hadis nombor 1911. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر (رفع الأيدي)) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – أن النبي ﷺ قال: «السجودُ على سَبْعَةِ أعضاءٍ: اليَدَيْنِ، والقَدَمَيْنِ، والرُّكْبَتَيْنِ والجَبْهَةِ، ورَفْعُ الأيدي إذا رَأَيْتَ البيتَ، وعلى الصفا والمَرْوَةِ، وبِعَرَفَةَ وبجَمْعٍ، وعند رَمْيِ الجِمَارِ، وإذا أُقِيمَتِ الصلاةُ». [طب، «الضعيفة» (1053)].

(Munkar Dengan Sebutan: "mengangkat tangan") Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda: Sujud itu di atas tujuh anggota: dua tangan, dua kaki, dua lutut dan dahi. Manakala mengangkat tangan itu dilakukan apabila kamu melihat Kaabah, ketika berada di atas bukit Safa dan Marwah, ketika di Arafah, ketika jama’ (di Muzdalifah), ketika melontar jamrah dan ketika mendirikan solat". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1053].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs