Munkar dengan sebutan angkat tangan

30/06/2024

minit bacaan



Sujud itu di atas tujuh anggota

Teks Bahasa Arab

السجودُ على سَبْعَةِ أعضاءٍ: اليَدَيْنِ، والقَدَمَيْنِ، والرُّكْبَتَيْنِ والجَبْهَةِ، ورَفْعُ الأيدي إذا رَأَيْتَ البيتَ، وعلى الصفا والمَرْوَةِ، وبِعَرَفَةَ وبجَمْعٍ، وعند رَمْيِ الجِمَارِ، وإذا أُقِيمَتِ الصلاةُ.

Teks Bahasa Melayu

Sujud itu di atas tujuh anggota: dua tangan, dua kaki, dua lutut dan dahi. Manakala mengangkat tangan itu dilakukan apabila kamu melihat Kaabah, ketika berada di atas bukit Safa dan Marwah, ketika di Arafah, ketika jama’ (di Muzdalifah), ketika melontar jamrah dan ketika mendirikan solat.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar dengan sebutan angkat tangan

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 359, hadis no. 1911. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بذكر (رفع الأيدي)) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - أن النبي ﷺ قال: «السجودُ على سَبْعَةِ أعضاءٍ: اليَدَيْنِ، والقَدَمَيْنِ، والرُّكْبَتَيْنِ والجَبْهَةِ، ورَفْعُ الأيدي إذا رَأَيْتَ البيتَ، وعلى الصفا والمَرْوَةِ، وبِعَرَفَةَ وبجَمْعٍ، وعند رَمْيِ الجِمَارِ، وإذا أُقِيمَتِ الصلاةُ». [طب، «الضعيفة» (1053)].

(Munkar Dengan Sebutan: "mengangkat tangan") Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda: Sujud itu di atas tujuh anggota: dua tangan, dua kaki, dua lutut dan dahi. Manakala mengangkat tangan itu dilakukan apabila kamu melihat Kaabah, ketika berada di atas bukit Safa dan Marwah, ketika di Arafah, ketika jama’ (di Muzdalifah), ketika melontar jamrah dan ketika mendirikan solat". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1053].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.