Suatu ketika aku sedang duduk lalu Jibril datang

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بينا أنا جالس إذ جاءني جبريل صلى الله عليه وسلم فحملني، فأدخلني جنة ربي عز وجل، فبينما أنا جالس إذ جعلت في يدي تفاحة، فانفلقت التفاحة بنصفين فخرجت منها جارية لم أر جارية أحسن منها حسنا ولا أجمل منها جمالا تسبح تسبيحا لم يسمع الأولون والآخرون بمثله فقلت من أنت يا جارية قالت أنا من الحور العين خلقني الله عز وجل من نور عرشه فقلت لمن أنت قالت للخليفة المظلوم عثمان بن عفان رضي الله عنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Suatu ketika aku sedang duduk lalu Jibril datang kepadaku dan membawaku masuk syurga Allah. Apabila aku duduk di dalamnya, aku dapati di tanganku ada sebiji epal. Lalu epal tersebut terbelah menjadi dua, kemudian keluar seorang perempuan daripada epal itu, yang mana aku tidak pernah melihat perempuan yang lebih elok dan cantik daripadanya. Perempuan tersebut bertasbih dengan lafaz tasbih yang tidak pernah didengari oleh orang terdahulu mahupun terkemudian. Aku bertanya: Siapa kamu, wahai perempuan? Dia menjawab: Aku daripada golongan al-Hur al-’Ain. Allah menciptakanku daripada cahaya ‘Arasy-Nya. Aku bertanya lagi: Kamu ini milik siapa? Dia menjawab: Milik khalifah yang dizalimi, ‘Uthman bin ‘Affan RA.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2047, hadis nombor 10298. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أوس بن أوس الثقفي -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: بينا أنا جالس إذ جاءني جبريل صلى الله عليه وسلم فحملني، فأدخلني جنة ربي عز وجل، فبينما أنا جالس إذ جعلت في يدي تفاحة، فانفلقت التفاحة بنصفين، فخرجت منها جارية لم أر جارية أحسن منها حسنا، ولا أجمل منها جمالا، تسبح تسبيحا لم يسمع الأولون والآخرون بمثله. فقلت: من أنت يا جارية؟ قالت: أنا من الحور العين، خلقني الله عز وجل من نور عرشه، فقلت: لمن أنت؟ قالت: للخليفة المظلوم عثمان بن عفان رضي الله عنه.
[طب، ((الضعيفة)) (5619)]

(Palsu)
Daripada Aus bin Aus al-Thaqafi RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Suatu ketika aku sedang duduk lalu Jibril datang kepadaku dan membawaku masuk syurga Allah. Apabila aku duduk di dalamnya, aku dapati di tanganku ada sebiji epal. Lalu epal tersebut terbelah menjadi dua, kemudian keluar seorang perempuan daripada epal itu, yang mana aku tidak pernah melihat perempuan yang lebih elok dan cantik daripadanya. Perempuan tersebut bertasbih dengan lafaz tasbih yang tidak pernah didengari oleh orang terdahulu mahupun terkemudian. Aku bertanya: Siapa kamu, wahai perempuan? Dia menjawab: Aku daripada golongan al-Hur al-’Ain. Allah menciptakanku daripada cahaya ‘Arasy-Nya. Aku bertanya lagi: Kamu ini milik siapa? Dia menjawab: Milik khalifah yang dizalimi, ‘Uthman bin ‘Affan RA.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5619]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.