Suatu ketika aku duduk bersama Mu‘awiyah, lalu Mu’awiyah menghantar seseorang untuk memanggil Abdullah bin Amru

TEKS BAHASA ARAB

من وضعها على كفه لم تقبل له دعوة، ومن أدمن على شربها، سقي من الخبال، والخبال واد في جهنم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang meletakkan arak di tapak tangannya maka tidak diterima doanya. Sesiapa yang ketagih meminumnya maka akan diberi minum daripada al-Khabal. Al-Khabal itu adalah lembah di dalam Jahannam.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 441, hadis nombor 2363. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن القاسم أبي عبد الرحمن قال: كنت قاعداً عند معاوية، فبعث إلى عبد الله بن عمرو -رضي الله عنهما – فقال: ما أحاديث بلغني عنك تحدث بها؟ لقد هممت أن أنفيك من الشام، فقال: أما والله لولا إناث ما أحببت أن أكون بها ساعة، فقال معاوية: ما حديث تحدث به في الطلاء؟ فقال: أما إنه ما يحل لي أن قول على رسول الله ﷺ ما لم يقل، سمعته يقول: ((من تقول علي ما لم أقل فليتبوأ مقعده من النار)) وسمعت رسول الله ﷺ یقول في الخمر: ((من وضعها على كفه لم تقبل له دعوة، ومن أدمن على شربها، سقي من الخبال، والخبال واد في جهنم))، فقال يا معاوية: ما أراك إلا قد سمعت مثل الذي سمعت، قال: فهم معاوية أن يصدقه ثم سكت. [ طب. ((الضعيفة)) (6958)].

(Munkar)
Daripada al-Qasim Abi Abdul Rahman, beliau berkata: Suatu ketika aku duduk bersama Mu‘awiyah, lalu Mu’awiyah menghantar seseorang untuk memanggil Abdullah bin Amru RA, lalu beliau berkata kepadanya: Apakah ia hadith-hadith yang aku dengar engkau sering berbicara mengenainya (secara terbuka)? Sesungguhnya aku ingin sekali mengusirmu daripada Syam (kerana perbuatanmu itu tadi). Kata Abdullah: Demi Allah, sekiranya bukan kerana para wanita maka aku pun tidak mahu berada di sana (Syam) ketika ini. Mu‘awiyah lalu berkata: Apakah hadith yang engkau ceritakan mengenai al-Tila’ (minuman daripada anggur yang dimasak sehingga pekat) itu? Kata Abdullah: Adapun ianya tidak halal bagiku untuk berkata sesuatu daripada Rasulullah sedangkan baginda tidak pernah menyebutnya. Aku mendengar baginda bersabda: “Sesiapa yang mereka-reka sesuatu ucapan daripadaku sedangkan aku tidak mengatakannya maka persiapkanlah tempat duduknya di neraka.” Aku juga pernah mendengar Rasulullah bersabda berkenaan arak: “Sesiapa yang meletakkan arak di tapak tangannya maka tidak diterima doanya. Sesiapa yang ketagih meminumnya maka akan diberi minum daripada al-Khabal. Al-Khabal itu adalah lembah di dalam Jahannam.” Abdullah lalu berkata: Wahai Mu’awiyah, aku tahu engkau telah mendengar sama seperti mana yang aku dengar. Kata al-Qasim: Mu’awiyah ingin membenarkannya namun kemudian beliau senyap.
[Riwayat al-Tabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6958].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs