Suatu kaum telah datang ketika dihisab dalam keadaan pedang di atas leher mereka dengan darah yang masih menitis

TEKS BAHASA ARAB

إذا وقف العباد للحساب، جاء قوم واضعي سيوفهم على رقابهم تقطر دما، فازدحموا على باب الجنة، فقيل: من هؤلاء؟ قال الشهداء كانوا أحياءا مرزوقين، ثم نادى مناد: ليقم من أجره على الله فليدخل الجنة، ثم نادى الثانية: ليقم من أجره على الله فليدخل الجنة، قال: ومن ذاك الذي أجره على الله؟ قال: العافون عن الناس، ثم نادى الثالثة: ليقم من أجره على الله فليدخل الجنة. فقام كذا وكذا ألفا فدخلوها بغير حساب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila para hamba berdiri untuk dihisab, suatu kaum telah datang sambil meletakkan pedang mereka di atas leher mereka dalam keadaan darah masih menitis. Lalu mereka bersesak-sesak di pintu syurga, dikatakan: Siapakah mereka? Baginda menjawab: Mereka adalah orang-orang syahid, sebelum ini mereka tetap hidup dan diberikan rezeki. Kemudian seorang penyeru menyeru: Berdirilah orang yang ganjarannya mesti dikurniakan oleh Allah, lalu masuklah ke dalam syurga. Kemudian penyeru itu menyeru buat kali kedua: Berdirilah orang yang ganjarannya mesti dikurniakan oleh Allah, lalu masuklah ke dalam syurga. Anas bertanya: Siapakah orang yang ganjarannya mesti dikurniakan oleh Allah? Baginda menjawab: Orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Kemudian penyeru itu menyeru buat kali ketiga: Berdirilah orang yang ganjarannya mesti dikurniakan oleh Allah, lalu masuklah ke dalam syurga. Lalu berdirilah sekian-sekian ribu orang, lantas mereka masuk ke dalam syurga tanpa hisab.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1312, hadis nombor 6701. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذا وقف العباد للحساب، جاء قوم واضعي سيوفهم على رقابهم تقطر دما، فازدحموا على باب الجنة، فقيل: من هؤلاء؟ قال: الشهداء كانوا أحياء مرزوقين، ثم نادى مناد: ليقم من أجره على الله فليدخل الجنة، ثم نادى الثانية: ليقم من أجره على الله فليدخل الجنة. قال: ومن ذا الذي أجره على الله؟ قال: العافون عن الناس، ثم نادى الثالثة: ليقم من أجره على الله فليدخل الجنة. فقام كذا وكذا ألفا فدخلوها بغير حساب.
[عق، حل، طس، ابن أبي عاصم في ((الجهاد))، ((الضعيفة)) (١٢٧٧)].

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW pernah bersabda: Apabila para hamba berdiri untuk dihisab, suatu kaum telah datang sambil meletakkan pedang mereka di atas leher mereka dalam keadaan darah masih menitis. Lalu mereka bersesak-sesak di pintu syurga, dikatakan: Siapakah mereka? Baginda menjawab: Mereka adalah orang-orang syahid, sebelum ini mereka tetap hidup dan diberikan rezeki. Kemudian seorang penyeru menyeru: Berdirilah orang yang ganjarannya mesti dikurniakan oleh Allah, lalu masuklah ke dalam syurga. Kemudian penyeru itu menyeru buat kali kedua: Berdirilah orang yang ganjarannya mesti dikurniakan oleh Allah, lalu masuklah ke dalam syurga. Anas bertanya: Siapakah orang yang ganjarannya mesti dikurniakan oleh Allah? Baginda menjawab: Orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Kemudian penyeru itu menyeru buat kali ketiga: Berdirilah orang yang ganjarannya mesti dikurniakan oleh Allah, lalu masuklah ke dalam syurga. Lalu berdirilah sekian-sekian ribu orang, lantas mereka masuk ke dalam syurga tanpa hisab.
[Riwayat al-'Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya', al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-'Awsat dan Ibn Abi 'Asim dalam al-Jihad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1277]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs