Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
عِنْدَ الْصَبَاح يَحْمَدُ الْقُوْمُ الْسُّرَى.
Teks Bahasa Melayu
Suatu kaum itu akan memuji perjalanan malamnya ketika pagi hari.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 242-243, hadis no. 1272. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Nabi ﷺ sedang duduk bersama dengan para sahabat baginda selepas maghrib. Tiba-tiba sekumpulan manusia melalui kawasan tersebut. Pemandu mereka sedang membaca manakala ketua mereka sedang memandu unta dengan nyanyian. Sebaik sahaja Rasulullah ﷺ melihat mereka, baginda terus berdiri dan berlari anak tanpa memakai kain atas. Kemudian para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah, kami mencukupi bagi kamu (biarkan kami sahaja pergi)", baginda membalas: "Biarkan aku pergi untuk menyampaikan kepada mereka apa yang telah diwahyukan kepadaku tentang urusan mereka". Lalu baginda pun mendapati mereka dan bertanya: "Kemanakah kamu ingin pergi pada waktu begini? Sesungguhnya Allah mempunyai kekuasaan yang agung di langit yang Dia hadapkan ke arah bumi, maka janganlah kalian bergerak, jangan walaupun selangkah. Melainkan (kerana) apa yang seseorang lelaki itu dapati dalam perutnya dan pundi kencingnya daripada air kencing yang tidak dapat dielakkan. Namun selepas itu janganlah walaupun selangkah. Adapun kamu wahai pemandu kaum, hendaklah kamu membaca sebahagian ucapan Arab daripada syairnya. Apabila kamu menunggang, maka bacalah dan hendaklah kalian bergerak pada penghujung malam, kerana sesungguhnya Allah Azzawajalla memiliki para malaikat yang ditugaskan untuk melipat (memendekkan) bumi buat para musafir, sebagaimana dilipatnya lembaran-lembaran kertas. Suatu kaum itu akan memuji perjalanan malamnya selepas pagi hari. Janganlah ada penyair, tidak juga bomoh menemani kalian. Begitu juga janganlah ada haiwan yang tersesat bersama kalian. Serta janganlah kalian menolak seseorang yang mengemis sekiranya kalian mahukan keuntungan, kesejahteraan dan persahabatan yang baik. Sangat memelikkan aku, bagaimanakah aku dapat tidur ketika mana kesemua mata itu tidur. Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kalian daripada melakukan perjalanan pada waktu ini". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6847].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman